Mereka ini memang sudah melebih dan membuat permintaan yang bukan-bukan. Saya memang tidak mempunyai bukti tapi dari apa yang kita dengar kebanyyaknnya mereka ada yang menjual balik minyak diesel kepada pihak ketiga. Berapa kerat sangat nelayan bumiputra yang terima subsidi miyak? berapa banyak sangat tokey-tokey bumiputra yang mempunyai bot-bot besar. Boleh kira dengan jari. Dalam berita kita boleh lihat muka siapa yang paling banyak keluar.
Saya bertanya kepada peniaga ikan berbangsa cina kenapa ikan tak ada walaupun saya tahu diorang tengah boikot sekarang. "minyak mahal macam mana nak tangkap ikan, tak da untung". "Boikot la lama-lama sikit dua bulan pun tak apa" saya bagitahu peniaga tadi."Lu juga untung, duit tak masuk boleh duduk rumah" hahaha.
Nelayan thailand boleh menangkap ikan dengan banyak walaupun harga minyak di sana mahal berbanding dengan Malaysia. Tapi kenapa hasil tangkapan kita kurang dan ada yang berani cakap masih tak boleh untung.
Makan ikan keli pun bagus walaupun sesetengahnya tak suka ikan darat, sekarang masanya kena mencuba. Lagipun kita banyak penternak bumiputra dan ada juga yang dah bungkus kerana tak berjaya pasarkannya. macam-macam boleh dimasak, bakar, kari, masak lemak, masak merah dll-sumber gambar web.
hehehe: anak kera dihutan kalau disusukan selalu belum tentu dia tak gigit tangan tuannya dan walaupun dibagi makan tetap juga nak bising-bising tak tentu hala. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai kera kena belacan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan