Search This Blog

Loading...

ONLINE STORE / OFFLINE STORE

Monday, June 13, 2011

Empat hari menghilang

Selama empat hari menghilang dan tidak dapat kemaskini blog kerana membawa keluarga bercuti, bila sebut bercuti bermakna tidak perlu ada apa-apa beban yang dibawa, yang penting merehatkan minda. Tema percutian ini adalah "sebut nak kemana".

Bermula pada Khamis bergerak ke Lost World of Tambun Ipoh, yang menariknya kita boleh beri makan kepada haiwan seperti burung dan macam-macam lagi, tengok harimau makan dan naik kuda (tapi tak naik sebab kuda tengah berubat, sakit kot) yang tak menariknya budak Baywatch banyak eksyen.Kalau tak pakai baju renang yang ketat melekat kat badan, lepas tu nampak kembung sana sini nescaya anda akan di priitttttt dengan wisel dihalau keluar dari air. Isteri saya memakai seluar renang yang longgar kena priitttttt dgn budak baywatch tu. Hangin satu badan bila duduk negara Islam tapi orang Islam terpaksa ikut telunjuk atau gaya bangsa  asing.
Masa bagi makan burung lain burung merak ni mengembangkan bulunya fuhh eksyen sungguh -lokasi Lost World of Tambun

Jumaat ada permintaan ke Cameron Highland, jadi bergerak pula ke Cameron Highland. Disini kawasannya sudah tidak berapa sejuk macam dahulu tapi boleh la. Tapi agak malang kerana anak berminat nak kutip strawberry sendiri tapi tak dapat kerana buah sudah habis yang tinggal cuma putik dan buah kecil. Pukul 3 berada di kawasan pasar malam teringin nak makan jagung rebus dan bakar malangnya yang ada cuma penjual cina (nampak anak anjing cina tu kencing kat plastik dekat van dia..eeeee), peniaga melayu belum buka.

Malam singgan di SSL hotel kamunting untuk makan malam, teringin nak makan sirloin steak tapi tak ada, ambil ribeye steak. Tapi amat mengecewakan kerana steak macam kayu tak juicy langsung. 2chiken chop, 1ribeye steak, 1nasi goreng kampung, 4 air buah total RM106. Rasa rugi teramat sangat kerana tak sedap. Lebih baik pergi kedai makan set siakap lagi baik. Kenapa saya pilih SSL hotel, kerana bila semak hotel Halal dalam web dikawasan sekitar hanya SSL sahaja yang keluar ada sijil Halal dari Jabatan Agama Islam Perak. Jangan makan disini jika anda berniat begitu.

Ruang legar tempat makan

Sepatutnya Ribeye steak macam ni tebal dan juicy. Tapi apa yang saya dapat sekeping macam papan lapis keras, lepas tu dia letak kentang goreng berlambak-lambak harga RM23+, mengarut betul.

Sabtu ada permintaan ke Teluk Batik, Lumut. Fuhhhh orang ramai sungguh, disebabkan percutian "sebut kemana" jadi tak bawa pakaian mandi, so jalan-jalan aje lah. Kemudian singgan di Pusat penetasan penyu di Teluk Segari berhampiran Baitul Hilal tempat tengok anak bulan. Excited tak terkira anak dapat tengok penyu secara dekat. Masuk percuma dari pukul 10.00 pagi sampai 5.00petang.

Tangki penyu dengan air jernih

Penyu ini macam manja-manja saja bila orang datang dia akan datang dekat dan keluarkan kepala dari air.

Anak-anak penyu yang kehitaman

Ahad terus ke Behrang melawat adik yang menetap di sana, dapat tahu 3 beranak kena demam campak, so eloklah melawat orang sakit. Kami sekeluarga sudah kena so dah imune lah. Tapi ada juga yang biasa kena boleh kena sekali lagi. Semasa pulang singgah di Perhentian sungai Perak untuk solat maghrib kemudian anak teringin makan laksa, wife makan mee sup tapi malangnya mee sup macam hampehh. Supnya bukan sup sebenar tapi hanya guna perencah segera, tak sedap langsung harga Rm3.50 x 2 dah RM7. Makan sikit aje sebab tak lalu. Kenapa lah peniaga ni nak berkira sangat, tak boleh ke masak betul-betul sikit.


Jadi jumlah jarak perjalanan kali ini untuk empat hari 1200km.

hehehe: Cuti musim akan datang projek melawat tempat bersejarah sepert pasir salak dll..dah malas nak bercuti di hutan batu, asyik-asyik pergi shopping mall bosannnnnnnnn.

2 comments:

cheque said...

bleh tau tak. jarak antara cameron ngan lostworld brape erk?

TK said...

dari cameron ke lost world.kalau dlm KM tu tak pasti pulak. kalau masa travel 1jam-1jam30 ikut cara dirving la..bagi saya yg rasanya dekat aje.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tahukah anda

Tiada siapa yang mampu mencuri ilmu yang kita perolehi dengan membaca. Jadikan diri kita sebahagian daripada masyarakat yang berilmu.