Semalam saya dilawati oleh pengutip derma dari Pakistan, sebagai intro pengutip derma berkenaan memberi salam dan cakap " my brother" "donation for pakistan".
Macam biasa saya kalau ada pengutip derma dari luar ni saya akan cakap kat dia, kita kat Malaysia banyak saluran yang boleh kita hulurkan bantuan samada untuk bantuan antarabangsa atau dalam negara. Dia tiba-tiba macam nak marah pulak. Saya pantang bentul kalau pendatang asing bersikap lebih-lebih dari warga tempatan.
Saya cakap kat dia banyak orang ambil kesempatan kerana rakyat Malaysia baik hati, awak ada ke surat kebenaran dari jabatan agama Islam Perak? awak ada ka surat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan/polis untuk kutip derma dalam kawasan ini? Dia cakap No. "But I have letter from masjid in Kedah".
Fuhh boleh tahan juga dia nak melawan, nak minta bantuan tapi perangai ranggi. Saya snap gambar surat derma dari masjid Kedah. nak snap gambar dia, tak bagi pulak.
hehehe: bukan niat nak menolak golongan susah, tapi rasanya lebih baik guna saluran yang betul dari digunakannya duit sedekah orang ramai untuk kegunaan dia sendiri. Aku pernah sedekah kat pondan India/local, lapor katanya tak makan, 2 kali dia lalu senyum2, badan mak aii boleh angkat kereta sebelah tangan.Apa senyum2 aku sound dia ."Bang dua rengget lapor nak makan.". kesian lak aku tengok.pastu aku nmpak dia makan laksa dgn duit aku kasi. laksa rm1.50 air 50sen.pandai budget gak dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan