4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Khamis, 18 Ogos 2011

Asli atau tiruan

Sekarang nampaknya semakin ramai yang sibuk membeli belah untuk persiapan  raya, Dalam sibuk membeli belah jangan lupa ada pemangsa yang sedang menunggu mangsanya dalam pelbagai gaya tipu muslihat. Jadi berhati-hati jangan ada sampai kecewa manjadi mangsa. Kalau dah menjadi mangsa tapi  tak sedar dah jadi mangsa, ini lain sikit sebab hati tak sakit. Yang sakit bila kita tahu kita dah jadi mangsa.

Saya ada membeli sehelai seluar jenama Dapper pada bulan 5 lalu dengan saiz 31" potongan comfort straight cut. Dan pada bulan 7 ada membeli sehelai lagi dengan potongan yang sama tapi dengan saiz 32" selepas mencuba saiz 31" tak  muat. Pelik juga  ni takkan dlm tempoh tak sampai 2 bulan dah buncit kot. Ok belasah aja mungkin dah buncit, jadi beli yg bersaiz 32".

Selepas seminggu pakai, keseleasaan pakai yang bersaiz 31" lebih selesa dari saiz 32", saiz 32" masih terasa macam ketat sikit. Kemudian warna biru keluar bila dibasuh.  Apabila dibelek-belek seluar baru tersebut seakan-akan seluar tiruan. Untuk pengetahuan saya beli kedua-dua seluar di The Store tapi berbeza lokasi. Lihat pada gambar lebih senang untuk dijelaskan.


Seluar kedua yang dibeli bersaiz 32", poketnya kain berwarna seakan kebiruan dengan jenama dijahit ringkas. Warna turun pada basuhan pertama dan mengakibatkan wujudnya kesan khas pada seluar dalam          (menjadi biru)


Seluar pertama yang dibeli bersaiz 31", poketnya berwarna coklat dengan logo yang cantik. Warna pulak tidak turun pada basuhan pertama. Selesa seolah-olah dia boleh menyesuaikan keadaan mengikut badan.

Kesimpulannya aku  kecewa selepas tahu aku telah ditipu.

Hehehe: Jangan ingat beli di pasaraya anda tidak akan ditipu, berhati-hati terutama dimusim perayaan ini. Kalau korang  nak beli perfume pun jaga-jaga yang tiruan pun banyak juga.

Tiada ulasan: