Bilik solat di Taiping Sentral, Taiping amat memalukan. Ianya dibina bagai melepaskan batuk ditangga sahaja. Kalau betul ia dibina dengan sedikit rasa tanggungjawab sudah tentu ianya tidak berupa begini, apa yang saya maksudkan adalah.
Biliknya kecil dan tempat mengambil wuduk berada dihadapan sekali, bermakna jika ada sesiapa bersolat maka ianya akan mengadap orang yang berwuduk.
Kawasan wuduk yang terlalu kecil sehingga air terpercik di atas karpet dan karpet menjadi hitam seperti pengelap kaki.
Pintu masuk dihadapan bersebelahan dengan tempat mengambil wuduk, ini bermakna jika kita masuk kita akan melintasi mereka yang solat dan menonggeng pula didepan mereka untuk mengambil wuduk.
Inilah akibatnya kalau syarat yang dikenakan diambil mudah, janji ada.
hehehe: ada juga pekerja muslim yang tak amanah dalam menjalankan tanggungjawab, asyik ponteng di dalam bilik solat. Majikan dah bagi ruang jangan pula disalahguna. Ingat, rezeki yang tak berkat tak memberi manafaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan