4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Khamis, 19 Januari 2012

Hang Tuah Wujud

Kelmarin kita dikejutkan dengan kenyataan sejarawan, Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim yang menyanggah kewujudan Hang Tuah lima bersaudara dan Puteri Hang Li Po.
Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud!
Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.
Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.
“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.
Mungkin artikel yang pernah tersiar dalam Kosmo! kira-kira dua tahun dulu boleh membuatkan kita merenung kembali kenyataan yang dibuat oleh Kay Kim;
Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) Melaka, Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin memberitahu, apa yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah bukan berpaksikan khayalan semata-mata.
Menurutnya, watak-watak yang disebutkan di dalamnya adalah catatan dan ingatan terhadap peristiwa yang berlaku pada zaman dan persekitaran zaman itu. Selanjutnya, ia terkesan dalam masyarakat sehingga akhirnya ia direkod secara bertulis oleh penulis hikayat.

“Selain daripada dua kitab itu, di Melaka, makam Hang Tuah juga sudah ditemui dan dibuka untuk kunjungan awam di Tanjung Kling. Begitu juga dengan penemuan sebuah perigi di Duyong.
“Mengapa masih ada yang tidak percaya mengenai jejak Hang Tuah?,” soal Mohd. Jamil yang melahirkan rasa kurang senangnya terhadap golongan yang mahu menafikan kebenaran Hang Tuah.
Apatah lagi dokumentasi hidup Laksamana Hang Tuah dalam hikayatnya bukan sahaja tersimpan baik di dalam negara, malah salinannya mendapat tempat di perpustakaan terkemuka di London dan Belanda sebagai naskhah rujukan dunia Melayu.
“Bukankah setiap catatan yang bertunjangkan kisah ketuanan Melayu dan Islam sering menjadi sasaran perubahan yang dirancang?
“Laksamana Hang Tuah bukan sahaja pahlawan dunia Melayu negara ini, malah seorang tokoh yang diagungkan di seluruh gugusan Melayu Nusantara ketika abad ke-15,” rumus Mohd. Jamil.
Walau bagaimanapun, kisah Hang Tuah seakan hilang jejak selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka berundur ke Johor.
“Sejak itu, nama Hang Tuah tidak dikaitkan dengan sebarang sejarah pembentukan dan perkembangan negeri ini,” kata Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Mohd. Ismail Jamjam.
Menurut pemilik nama pena Zam Ismail itu, walaupun negeri Johor tidak memiliki apa-apa sokongan atau bukti sejarah mengenai kewujudan Hang Tuah, kewujudan pahlawan terbilang itu suatu masa dahulu tetap diyakininya.
“Keraguan tentang benar atau tidak Hang Tuah wujud berpunca kerana kita tidak memahami secara mendalam tentang pensejarahan Melayu.
“Memanglah ada antaranya yang dicedok daripada cerita-cerita lisan namun tidak bermakna kandungannya langsung tidak boleh diberi peluang untuk dinilai semula,” katanya.
Ismail berpendapat, ketika Tun Sri Lanang menulis Sejarah Melayu, tiada orang Melayu lain yang lebih arif untuk merekod apa yang berlaku pada zaman tersebut. Maka, itu adalah sumber paling hampir.
Ismail walau bagaimanapun tidak menafikan tentang perubahan jalan cerita, versi penceritaan dan kecenderungan untuk menokok-tambah dalam pengkisahan cerita lama.
Memandangkan dokumentasi antara penulis hikayat sedunia dahulu kala saling berkait akibat kerancakan aktiviti perdagangan laut, maka pertindihan fakta tidak dapat dielakkan hingga boleh mengelirukan.
Jalan keluarnya adalah dengan menjalankan kajian yang terperinci supaya kedudukan Hang Tuah lebih kukuh dalam pemikiran dan penilaian generasi semasa dan akan datang.
“Panglima Awang yang dianggap dongeng oleh masyarakat kita misalnya, diangkat sebagai figura penting dunia Melayu oleh penulis Barat. Mereka mencatatkan bahawa dia seorang yang berketurunan Orang Laut,” katanya memberi contoh.
“Sebarang usaha memutarbelit cerita tentang laksamana itu sebenarnya didorong oleh keinginan untuk merendahkan ketuanan Melayu di negara ini hingga membuatkan masyarakat Melayu berasa lemah.
“Tindakan memperlekeh ini tidak boleh berterusan,” tegas Ismail yang juga tidak dapat menerima idea yang mengatakan Hang Tuah itu berketurunan Cina.

Saya bukanlah ahli sejarah yg berpangkat Prof. Emeritus seperty Khoo Khay Khim, tapi saya dapat membezakan antara kajian dan kenyataan tak adil yang telah dibuat beliau...

1) Pertama sekali, beliau sewenang wenangnya menidakkan kewujudan Hang Tuah hanya berdasarkan satu sumber. saya juga ingin memetik komen Toy Penang dibawah yang menyatakan catatan R.O Winstedts dan Frank Swettenham's adalah lebih lengkap berbanding dengan catatan C.D Rowan. Disini kita dapat lihat R.O Winstedts dan Frank Swettenham's mempunyai hubungan yang secara langsung dalam pentadbiran di Negeri2 tanah melayu maka lebih arif dan lebih reliable catatan mereka berbanding catatan C.D Rowan yg penglibatannya di tanah melayu adalah sangat sedikit.. 

jadi saya ingin bertanya dsini adakah rekod dinasti Ming adalah lebih reliable berbanding Malay Annals catatan Tun Seri Lanang? 

Adakah dinasti Ming lebih tahu tentang tanah melayu berbanding Tun Seri Lanang?

Adakah dinasti Ming memandang Melaka lebih tinggi daripada kerajaan Siam dan kerajaan2 besar lain didunia sehingga dinasti Ming terpaksa mencatat dan merekod setiap rekod perdagangan mereka dengan Melaka? Bukankah kerajaan Cina berdagang dengan seluruh dunia hingga ke jazeerah Arab, laluan sutera...

Jadi adakah kerajaan Cina akan mencatatkan segala perdagangan dengan kesemua kerajaan2 didunia pada waktu itu?

Adakah dinasti ming akan mencatat nama2 dan kisah2 setiap pahlawan, pendekar, satria, panglima daripada setiap negara yang mereka berdagang? Bukan kah pelik? Adakah kerajaan Cina akan mencatat nama robin hood, francis drake, john hawkins.. dan sebagainya didalam catatan mereka?

Bukankah hujah beliau sangat dangkal dan perlu ditimbang 2 3  kali sebelum akal kita menerimanya.
by: Meleis

Somehow, macam ada cubaan2 utk menafikan kewujudan bangsa melayu dan meletakkan kewujudan bangsa lain dekat tanah melayu ni, contoh2 cubaan mereka adalah :
1) Mengatakan wujudnya batu bersurat dalam bahasa cina yang berusia 700 tahun di kelantan.
2) Mengatakan bahawa kononnya Hang tuah dan 5 bersaudara adalah berasal daripada cina. Kesimpulan awal ini hanya dibuat berdasarkan kononnya Hang-tu-ah dan Hang-je-bat , mempunyai 3 suku kata sama dengan bangsa Cina yang nama mereka mempunyai 3 suku kata. Tapi tidak pula disebut Hang-Kas-tu-ri dan hang-le-ki-u yang mempunyai 4 suku kata adalah berketurunan Cina.
3) Mereka juga mendakwa bahawa Orang Melayu adalah sebahagian daripada Bangsa Cina yang berhijrah ke tanah melayu beberapa ribu tahun dahulu.
4) Mereka juga mendakwa penduduk asal Kuala Lumpur adalah terdiri daripada Bangsa Cina dengan memberi rujukan yang tidak jelas seperti Yap Ah Loy dan sebagainya.

ada beberapa dakwaan2 yang tidak berasas yang telah dibuat tanpa membuat kajian empirikal yang adil. Sebagai contoh Prof. Emiritus Khoo Kay Kim hanya membuat kesimpulan berdasarkan rujukan beliau terhadap rekod didalam empayar Ming sahaja. 
Kenapa tidak dibuat kajian empirikal secara menyeluruh? kenapa hanya bersifat subjektif? Kenapa tidak dirujuk institut kajian sejarah di Siam, Belanda, British dan juga Portugal?

Saya hanya berharap agar sahabat2 yang membaca komen saya membuat kesimpulan yang rasional jika tidak...kita lihat apa yang jadi pada Singapura...

Didalam Muzium Singapura.. tidak disebut pun penduduk asal Singapura adalah orang melayu.
Tidak. Mereka hanya mengatakan penempatan asal di Singapura adalah sebuah perkampungan Nelayan dan kemudian adalah "BRITISH SETLLERS" , note the "SETTLERS" is used by Singapore government untuk bercakap mengenai sejarah asal singapura... dan juga tiada rujukan langsung dibuat kepada bangsa Melayu dan nusantara, yang hanya disebut adalah ada perjanjian dengan Sultan Johor... itu sahaja.

Jadi dinasihatkan berwaspada dengan tangan2 ghaib yang menidakkan kewujudan bangsa melayu melalui gerakan Politik dan organisai2 hak2 asasi manusia...
by: Meleis


ARTIKEL DIBAWAH DIAMBIL DARI LAMAN RASMI PEJABAT DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN


KERIS TAMING SARI


Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah. Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas.  Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.  Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda.  Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera.  Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong dgn hujah2 awak.sejarah melayu dan bangsa melayu selalu di perkotak katek kan bangsa asing.bangkit lah wahai orang2 melayu,fight for our right