4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Rabu, 18 Januari 2012

Pilot TUDM kelas dunia

PILOT TUDM BUAT AKSI PAKAI TVC, ORANG PUTEH TAK PERCAYA (TAJUK ASAL)

sesi merokok sambil bersebang bersama Major Pmad, juruterbang SU
1. Saya rasa terharu dan bangga yang teramat apabila melihat aksi juruterbang kita membuat aksi akrobatik yang sukar di udara iaitu ala-ala Pugachev Cobra dan yang lebih tepat sekali dipanggil “TVC Spin Roll for High Alpha” dengan menggunakan pesawat SU-30MKM di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi atau LIMA 2011.
2. Dalam pada itu ada juga, pengunjung LIMA 2011 yang terdiri dari pelawat luar, barat, afrika, Jepun, Korea dan dari kalangan jiran tertangga sendiri memikirkan bahawa aksi-aksi yang mengkagumkan ini dibikin oleh juruterbang Russia.
3. Hari ini, dunia membuka mata apabila juruterbang pesawat tempur dan jet SU-30 MKM yang tidak dikonfigurasi untuk dijadikan pesawat aerobatik, menunjukkan skil dan jentera hebat itu di ruang udara Langkawi.
4. Panglima Tentera Udara DIRaja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud sendiri terpaksa menjelaskan bahawa juruterbang yang beraksi terdiri dari anak-anak watan, orang Melayu, Cina, India dan peribumi dari Sabah dan Sarawak.
5. Di antara mereka yang terlibat dalam membuat aksi merbahaya ini adalah kenalan saya sendiri yang dikenali dengan Call Sign – PMAD (Pilot Mad-Juruterbang Gila).
6. Juruterbang muda ini merupakan anak Melayu yang sudah berpengalaman selama tujuh tahun dalam menerbangkan pesawat Hornet dan empat tahun dengan Sukhoi.
7. Ramai juga yang tidak percaya dan juga segelintir rakyat Malaysia yang sentiasa anti kepada negara sendiri, saya tidak menyalahkan mereka kerana kerap sangat mereka ini diprogramkan dengan cerita-cerita buruk tentang negara kita, tentang ketidak mampuan peralatan pertahanan kita.
8. Ada orang yang selalu mengutip keluar cerita buruk tentang kelemahan aset kita pada zaman dulu dan bawa ke sekarang, come on bro…ni dah tahun 2011, space shuttle pun dah nak pencen.


9. Sambil menghisap rokok jenama BINGO, sekotak RM1.50, saya sempat berbual dengan PMAD dengan diawasi oleh anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) lengkap bersenjata automatik, rakan saya, Ikansardin turut cuba menghisap orang tetapi beliau telah dihambat oleh anggota PASKAU tadi (Maaf sardin, Laskar Kelas Satu, mana boleh join pegawai isap rokok).

10. PMAD sudah berlatih selama dua minggu sebelum melakukan aksi akrobatik di LIMA, setiap kali sortie, beliau akan terbang selama setengah jam.
11.Beliau sebenarnya dari No 11 Skuadron yang berpengkalan di Gong Kedak.
12.”Untuk LIMA kali ini, aku akan mula buat aksi Half Loop Tumble Yaw, TVC Flat Spin, Tail Slide Maneuver, TVC Power Wind dan Spin Roll dan last sekali barulah patukan ular tedung di udara, Cobra,” katanya sambil menghisap rokok.

13.Sebenarnya bukan senang orang puteh dan pihak tertentu untuk mempercayai aksi-aksi ini kerana bukan semua pesawat memiliki sistem TVC atau Trust Vector Control kecuali Sukhoi milik Malaysia dan India.
14.Indonesia dan Vietnam turut mempunyai Sukhoi tetapi pada kelas yang lebih “basic” dan tidak dilengkapi dengan sistem TVC serta “Canards”, bagaimanapun saya percaya, Indonesia akan menaik taraf Sukhoi sedia ada kepada tahap yang lebih canggih jika keadaan mengizinkan.
15.Kedua-dua pesawat milik India dan Malaysia ini ditempah khas mengikut kehendak pengguna menjadikan Sukhoi mereka antara yang termaju dan terbaik di dunia seperti yang dilaporkan dalam banyak media pertahanan antarabangsa berbahasa Inggeris.

16.Ada beberapa aksi yang beliau lakukan dengan kedudukan pesawat hampir sahaja mencecah bumi iaitu pada ketinggian 10 tingkat, kuasa dorongannya pula diperlahankan sehingga 60 kilometer sejam sahaja.
17.”Perghhhh…susah ooo, kau bayangkan macam mana nak imbang pesawat seberat 30 tan pada ketinggian 10 tingkat bangunan dari atas tanah,” kata PMAD.
18.PMAD kerap menekankan, hanya juruterbang yang mempunyai skil yang benar-benar jitu sahaja dibenarkan membuat aksi-aksi bahaya seperti ini, kerana kalau pesawat “STALL” ketika pesawat menegak pada garis 90 darjah, mampusssss…memang terhempas ke tanah macam piano lah jawabnya.

19.Sesekali saya melihat ke langit melihat aksi jet tempur F-16 dari Singapura yang turut mempamerkan kehebatan skil juruterbang mereka.
20.Kesemua negara sahabat berbangga untuk mempamerkan pesawat “Front Line” mereka yang tercanggih seperti F16 dari Singapura, Thailand dengan Grippennya tetapi saya tidak melihat Indonesia dan Filiphina menghantar sebarang pesawat pada LIMA kali ini.


Grippen of the Thai air force
21.Apa pun syabas kepada TUDM yang semakin mantap dengan peralatan pertahanan yang benar-benar moden disamping kemampuan juruterbangnya yang semakin hari meningkat sehingga berjaya mengabui mata barat.
22.Selama ini, orang selalu fikir Singapura sahaja yang mempunyai juruterbang yang hebat-hebat dan menganggap juruterbang Malaysia dan Indonesia terbelakang.

23.Indonesia mempunyai juruterbang yang bagus tetapi terpaksa berhadapan dengan kekangan kekurangan pesawat yang moden disebabkan negara itu baru sahaja pulih dari krisis dalam negeri dan ekonomi tetapi sedang memulihkan aset-aset pertahanannya secara berperingkat.

24.Sebenarnya saya tidak suka jet, saya minat pada kapal dan laut. Kerana itu saya lebih suka menghabiskan masa di jeti Awana Porto Malai hampir setiap petang dengan segelas teh tarik untuk melihat kapal-kapal perang dari pelbagai negara.
25.Oklah saya dah mengantuk, besok nak balik Kolumpo…yang penting den dah beli paip dan tembakau serta banyak curut untuk den sosah.

sumber military of Malaysia




Saya kagum dengan kehebatan juruterbang kita, kagum dengan semua ATM kita. Tetapi masih ada orang kita yang terlalu merendahkan diri sendiri, tidak yakin, tidak mahu mengkaji sejarah dan yang paling teruk terima bulat-bulat apa bangsa lain kata. Kita sebenarnya hebat, cuma ada pihak-pihak tertentu yang cuba menunjukkan kita satu bangsa yang tidak punya apa-apa. 

Rupa-rupanya banyak rahsia yang diorang simpan, dengar cerita ada rahsia tersimpan di Tasik Chini dan Banjaran Titiwangsa dalam lingkungan pihak ATM kita..

Tiada ulasan: