4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Rabu, 17 Jun 2009

Haiwan terancam

Binatang pupus

Korang kenal binatang ni? Kalau kat tempat saya di kampung orang panggil Kubong. Tapi sekarang susah nak nampak dah. Agaknya dah pupus..Dulu masa musim durian masa aku kecik-kecik selalu nampak binatang ni, arwah ayah aku ada cakap hati-hati dengan kubong ni kalau dia melekat kat kepala nanti boleh botak sebab badan dia ada gam.Masa tu aku percaya 100% (masa kecik aku suka main dalam hutan jadi Vic Morrow dalam cite combat), tapi mana ada binatang boleh botakkan kepala orang betul tak? kalau ada sah boleh buat berniaga."Ya bang nipis ke botak? Botak, ok siap," ambik kubong letak atas kepala, bukak kedai guting rambut la khas untuk botak sahaja.

Anyway Kubong ni dah pupus(agaknya), dalam Zoo pun aku tak nampak dah. Esok anak-anak kita tak dapat la nak rasa macam kita rasa. Sekarang semua orang berlumba-lumba mencari rezeki dan kekayaan. Kesempitan hidup dan terbawa dengan gaya hidup yang ditunjukkan oleh barat yang mementingkan material dan gaya hidup menyebabkan semua orang tertekan berlumba sesama sendiri sehingga kebahagiaan sebenar hilang.

ps: Aku lebih suka rumah batu dikawasan kampung dengan pokok rambutan, manggis dan boleh bercucuk tanam sikit-sikit dari duduk di dunia metropolitan yang berlumba mengejar harta dunia entah kemana.

Satu lagi: Tak boleh ka kita dalam Malaysia buat susunan semula supaya semua yang berkerja tak perlu tinggalkan kampung, dapat duit majukan kampung sendiri, dekat dengan ibubapa, kurang masalah sosial.

1 ulasan:

Aiman Zarith berkata...

Kubong tu semalam 30 jan 2012 ada dlm cireta natitonal geografic kul tujuh tapi rasanya blm pupus sebab ahli biologi sedang kaji pasal habitat kubong di borneo