4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Sabtu, 4 Julai 2009

Norman dan memey bebas

Mahkamah Syariah Gombak Timur, diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.



Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs), Abdul Rahman Lai Abdullah mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Abdul Rahman memberikan keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu.

Peguambela syarie Norman-Memey, Fakhrul Azman Abu Hassan telah menyoal Abdul Rahman dalam sesi soal jawab hari ini.

Fakhrul: Kalau ikut maklumat yang diterima daripada pengadu, berdasarkan fakta, maklumat itu palsu, adakah anda bersetuju atau tidak maklumat itu palsu?

Abdul Rahman: Betul tiada lelaki semasa kami jumpa tertuduh perempuan (Memey), tetapi saya tidak setuju mengatakan maklumat itu salah.

Fakhrul: Setuju atau tidak jika saya katakan aduan yang awak terima ini hanyalah 'hearsay' ataupun dengar cakap sahaja?

Abdul Rahman: Ya, betul.

Fakhrul: Berdasarkan keterangan awak, awak mengatakan telah menjumpai tertuduh lelaki (Norman) pada pukul 3.00 pagi, sedangkan tertuduh lelaki tiada di premis di tingkat bawah bersama tertuduh perempuan (Memey), jadi boleh saya katakan yang pertuduhan ini adalah salah?

Bagaimanapun perbicaraan ini telah ditangguhkan ke tarikh 31 Julai nanti berikutan waktu yang tidak mencukupi.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Norman dan Memey berkata mereka dinasihatkan agar tidak memberi sebarang komen oleh peguambela mereka.

"Saya berharap ia akan berakhir dengan baik kerana masa akan datang akan menjadi lebih baik dari hari ini." kata Norman.

Memey pula berharap apa yang telah berlaku ke atas dirinya akan berakhir dengan cepat.

Kedua-dua pelakon ini juga mengucapkan terima kasih dan bersyukur terhadap rezeki yang Tuhan beri kepada mereka walaupun kes mereka masih dibicarakan.

Ini kerana menurut mereka, mereka masih lagi menerima tawaran berlakon. -mStar

Tiada ulasan: