4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 18 Ogos 2009

Perkahwinan Akhill hayy dan Waheeda

Sebenarnya ada kekeliruan dalam otak ni samada nak buat post ini atau tak, takut pulak dapat dosa kering maklumla otak jahat ni macam-macam memikir buruk baik orang lain. Tapi fikirkan para pembaca mungkin setengahnya masih belum dapat melihat sepenuhnya gambar pekahwinan Akhill Hayy dan Waheeda, so saya postkan disini dan terima kasih kepada pemilik gambar perkahwinan Akhill Hayy. Rasanya masih segar isu penceraian dan terus timbul kes kahwin. Tengok pada majlis, persiapannya rapi dan tentu telah diaturkan dari awal (cuba menjaga ayat disini supaya tak dapat dosa kering). Apapun segala telah terungkai dan pembaca yang bijaksana mampu untuk menilainya.

petikan dari thestar

"Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

"Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya," ujarnya yang menambah, pada awalnya mereka merancang untuk bernikah pada 21 Ogos, sehari sebelum Ramadan.




























3 ulasan:

Unknown berkata...

Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri. Semasa
bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur,
derhaka kepada suami, maki hamun, hasad dengki, tamak haloba, rebut harta,
mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum
berpoligami.Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan mengubati
penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri menjadi seorang isteri yang
benar-benar solehah. Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik.
Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti
kebaikannya.Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin
sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri yang sayangkan suaminya
dalam poligami menyayangi suaminya kerana Allah SWT.

umk store berkata...

poligami atau monogami bukan menjadi kayu ukuran..isteri yang taatkan suami selagi suami tidak menyuruh melakukan perkara maksiat dan mengikut jalan yang benar adalah isteri yang taat pada perintah allah.

Tanpa Nama berkata...

bukan senang taw berpoligami...huhuu....sedangkan para isteri nabi pun saling mencemburui..