Di akhirat kelak bagi yang benar-benar bernasib baik dia akan terpegun dengan pahala yang berlimpah ruah yang mana tidak diketahui amalannya mungkin kerana dia telah membelanjakan wangnya dengan membeli dari peniaga Islam dan peniaga islam pula dari setiap wang ringgit yang diperolehi dia telah membelanjakannya untuk beramal, bersedekah, menunaikan umrah, menunaikan haji, dan sesuap nasi yang dimakan dengan bismillah akan dikurniakan pahala padanya juga. Semudah dan begitu pengasih Allah kepada hambaNYA.
Kita tak perlu tunggu esok atau bila, jika kita fikir umat Islam saudaraku buatlah sesuatu. Atau bila kita dengar talkin dibaca untuk kita baru kita sedar umat Islam itu saudaraku aku perlu buat sesuatu.Jadi mulakan sebelum talkin dibacakan kerana limpahan rahmat akan kembali kepada kita. Janji Allah itu benar cuma kita yang lalai dan tidak yakin dengannya.
Melihat dari sudut pemakanan, sebenarnya kita sedar kita mempunyai kuasa memilih samada kita akan membenarkan darah dan daging kita tumbuh dari makanan yang halal tanpa syubhah atau tidak. Mengapa kita masih memilih untuk menjerumuskan diri kita dengan sumber yang kurang jelas dan malah yang telah jelas. Ketahuilah kita sebenarnya lebih terpengaruh dengan gaya dan budaya yang dilihat "cool" bagi mencerminkan bahawa kita berada di dalam kelas atasan sebenarnya untuk siapa? bukan untuk diri sendiri tapi untuk pandangan dan penghormatan sesama manusia dengan memilih gaya kehidupan tertentu.
Sebenarnya kita yang akan menyesali dihujung jalan, itupun jika berpeluang.
kadangkala kita tidak dihidangkan dengan babi diatas meja tapi kita dihidangkan dengan gaya hidup yang membinasakan sedangkan Nabi Muhammad SAW telah bersabda
“Barangsiapa meniru suatu kaum maka dia termasuk dari kaum tersebut”.Semudah itu untuk kita menilai adakah aku meniru kaum tersebut?
Tanya diri anda, masanya sekarang untuk anda mulakan, bukan esok, minggu depan , azam tahun baru, bila dah pencen dan yang paling buruk bila sampai seru (siapa nak seru, Malaikat Izrail?)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan