4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Rabu, 15 Ogos 2012

Misteri pembinaan piramid terjawab

Sekian lama para saintis kebingungan tentang misteri pembinaan sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia. Teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram hingga ke puncak bangunan belum dizahirkan di zaman itu. Apakah rahsianya?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian itu, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Teruskan membaca di ronyanuar

Isnin, 11 Jun 2012

Potong video atau trim video

Banyak dari kita menonton video dalam format avi mkv samada ditonton di komputer atau disambungkan di TV. Walaubagaimanapun kebanyakkan filem yang punca asalnya dari muat turun selalunya mempunyai scene yang kurang menyenangkan atau lebih tepat keterlaluan. Bukan sahaja filem dari luar tetapi filem tempatan sekarang juga mempunyai adengan yang kurang menyenangkan maksud saya adengan berunsur ranjang.

Kadangkala apabila kita menonton bersama keluarga terasa amat memalukan apabila terdapat adengan ranjang yang berlebihan. Oleh itu software yang akan saya kongsikan bersama ini dapat menyunting atau memotong bahagian-bahagian yang tidak bersesuaian itu dan mengekalkan yang lain. Apa yang menarik potongan kepada video dapat dibuat serentak untuk beberapa potongan. Sotware yang saya maksudkan ialah SolveigMM Avi Trimmer + Mkv. Saya telah mencuba memotong beberapa video dan keputusannya amat mengkagumkan juga mudah diguna, malah yang menariknya ianya percuma.

DOWNLOAD DISINI percuma




Diharap dapat membantu anda bagi mendapat lebih masa berkualiti bersama keluarga tanpa rasa ragu-ragu.


System Requirements



shhhh: jangan risau system requirements di atas download dan install je.Kalau tak faham apa-apa tanya kat komen, saya try jawab. saya baru tonton chowkit, alamak adengan tu tak sesuai lah..

Jumaat, 27 Januari 2012

Ombak rindu versi taubat



Kan baik ombak rindu diolah dengan cara yang lebih memberikan nilai-nilai yang mampu membangkitkan keinsafan dari ditonjolkan di sudut yang tidak sesuai dengan budaya kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam.

Melalui cerita asal saya tidak pasti dimanakah kekuatannya didalam cerita ombak rindu, cuma adegan keterlaluan di 30minit pertama yang agak memualkan. Adakah kita kira kita sudah maju setapak dalam industri perfileman jika kita tampilkan adegan sedemikian. bagi saya tidak.

hehehe: masih banyak pelakon muslim yang menghalalkan cara demi mempertahankan skrip yang diterima, harap-harap ada jalan taubat untuk mereka.

Khamis, 26 Januari 2012

Budak mata kucing

Nong Youhui adalah seorang kanak-kanak lelaki Cina yang dilahirkan dengan mata seperti kucing dan bercahaya didalam kegelapan dan membolehkan beliau untuk melihat seperti kucing pada waktu malam (mungkin berpunca daripada sisa nuklear).Beliau didakwa boleh melihat dalam gelap seperti yang anda boleh dalam cahaya.


Ayah Ling berkata: "Mereka memberitahu saya dia akan membesar dan matanya akan berhenti bercahaya dan menjadi hitam seperti kebanyakan orang Cina tetapi matanya tidak juga berubah"

Pakar percaya dia dilahirkan dengan keadaan yang jarang berlaku dipanggil leukodermia yang telah meninggalkan matanya dengan pigmen perlindungan yang kurang dan lebih sensitif terhadap cahaya.



Rabu, 25 Januari 2012

Apa sedang berlaku

 Cuba anda perhatikan apakah yang sedang berlaku dikawasan ini?

 Adakah segerombolan manusia yang berasak-asak hendak menuju ke sesuatu tempat.

 Ataupun orang ramai yang sedang melakukan senaman?


TIDAK SAMA SEKALI-Ini adalah sungai sepanjang 12batu yang menjadi beku di Korea Selatan. Seramai 200 000 orang berkumpul disini dihujung minggu bagi memancing ikan dengan menebuk lubang di permukaan sungai yang membeku. Dijangkakan seramai lebih 1juta pengunjung akan tiba pada acara ini yang diadakan pada setiap tahun selama 3 minggu.
 Lubang dikorek sebesar 16inci bagi menangkap ikan Mountain Trout. Sebanyak 9000 lubang telah siap digali bagi kemudahan kepada para pengunjung.


Sekecil juga mengambil bahagian sebelum festival ini ditutup pada 27 januari

Ikan Trout yang berjaya dipancing.Dikatakan sebanyak 32ton ikan trout dilepaskan dibawah permukaan ais.


sumber

Sabtu, 21 Januari 2012

Panglima Awang Manusia Pertama Keliling Dunia

Generasi kini ramai yang tidak mengenali tokoh ini. Masih jelas dalam ingatan ketika belajar subjek sejarah di tingkatan lima kalau tak silap la, nama Panglima Awang hanya disebut sekali. Itupun hanya ditulis di bahagian kanan iaitu dalam sudut info yang bersaiz kecil dalam buku teks tersebut. Maka tidak hairanlah semakin lama, namanya semakin lupus ditelan zaman.
Pejuang Melayu Islam inilah yang sebenarnya telah membuktikan bumi itu adalah bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur. Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapakah Panglima Awang.


Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Pemuda berketurunan melayu Islam inilah yang membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat. Walaupun Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada dunia, anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki itu.

Jasa Panglima Awang bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa bumi leper adalah salah. Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan menghubungkan Timur dengan Barat.

Jumaat, 20 Januari 2012

Jambatan gantung maut

Jambatan yang runtuh di Indonesia selepas banjir besar 

 Penduduk kampung tidak sanggup menggunakan jalan lain yang jauhnya 6km dan terpaksa mengeluarkan wang

 Air sungai yang dalam dan deras membahayakan kanak-kanak malah yang dewasa

 Saki baki jambatan juga hanya tunggu masa untuk roboh



Malu Besar Melayu 2011

Kenapa saya menulis dalam bahasa melayu kali ini?


Sebab saya malu hendak berkongsi kandungan artikel ini dengan sahabat-sahabat saya daripada kumpulan Pemerhati (Watchers Group) yang merupakan pembaca teramai melawati laman blog saya ini.


Kenapa pula saya malu? Ini alkisahnya..


Kelmarin ayah dan ibu saya datang ke rumah saya untuk melawat cucu-cucunya (bukan nak melawat saya dan isteri pun.. semenjak ada cucu ni maka anak dan menantu turun kasta). Jadi semasa berbual-bual semasa makan malam, ayah saya menceritakan diskusi yang berlaku antara dia dan Herman iaitu warga Indonesia yang digaji sebagai pemungut buah kelapa sawit di kebun 15 ekar ayah saya.

Sebelum itu perlu saya beritahu dahulu bahawa ramai warga Indonesia yang berkelulusan 'ada-ada' sanggup berhijrah ke Sabah untuk mencari kerja hatta sebagai penjaga kebun. Herman ini sudah lama kami ketahui merupakan siswazah daripada Universiti Negeri Makassar. Kami tidak pernah pula melihat sijilnya namun dia seringkali berkata bahawa dia dari Jurusan Sains Sosial. Yang pasti ialah dia memang petah bercakap dan kelihatan berpelajaran.

Kenapa dia sehingga merantau berkerja kebun? Katanya dia sedang menumpul modal untuk menebus kebun keluarganya di kampung. Ternyata gaji dan komisyen sebagai pengumbul buah kelapa sawit lebih lumayan daripada berkerja kantor di Indonesia.

Oleh kerana ayah saya tiada teman berbual mengenai politik (kerana saya tinggal dan berkerja di daerah lain) maka si Herman inilah yang selalu jadi temannya. Minggu lepas Herman telah bertanya kepada ayah saya mengenai isu Mat Sabu. Kira-kira beginilah bunyi pertanyaannya itu (mengikut kata ayah saya).

Herman "Melayu Malaysia ternyata aneh ya Pak. Masa melayu komunis bisa dianggkat sebagai pahlawan. Malahan yang mengangkat itu agamawan lagi katanya"


Ayah saya menjawab "Biasalah dalam politik. Namanya mahu menang pilihanraya maka semua pun dibohongi asalkan boleh menang undi Cina"

Herman "di Indonesia pun bangsanya lagi gemar berpolitik pak. Malahan di sana lagi besar demonya Pak dan lagi banyak orpol dan parpolnya Pak. Namun tidak pernah ada yang kekeliruan dalam membicarakan kebejatan komunis. Saya jamin kalau ada orang seperti agamawan Malaysia itu di Indonesia, pasti sudah dipenggal kepalanya oleh penduduk kampung".

Ayah saya: "Mungkin keadaan di Indonesia dan Malaysia berbeza".


Herman: "Ampun pak, harap jangan kecil hati ya. Tapi pandangan bapak itu salah. Bangsa Indoesia juga pernah ada Partai Komunis seperti Malaysia. Malahan lebih parah lagi. Semua bangsa Indonesia tahu apa itu Komunis dan apa maunya pak. Itu makanya bangsa Indonesia pengkhianat komunis tiada ampunnya lagi. Malahan Pak Sukarno yang agung menentang Belanda itu langsung saja tumbang kerana kebergantungannya pada Komunis. Jika di Malaysia ada Mat Indera yang picisan itu, di Indonesia kami ada Dipa Nusantara yang tinggi tingkatnya. Itupun langsung dibunuh saja. Tidak ada siapa di Indonesia bakal menyanjung Dipa sebagai perwira Indonesia".

Khamis, 19 Januari 2012

Hang Tuah Wujud

Kelmarin kita dikejutkan dengan kenyataan sejarawan, Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim yang menyanggah kewujudan Hang Tuah lima bersaudara dan Puteri Hang Li Po.
Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud!
Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.
Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.
“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.
Mungkin artikel yang pernah tersiar dalam Kosmo! kira-kira dua tahun dulu boleh membuatkan kita merenung kembali kenyataan yang dibuat oleh Kay Kim;
Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) Melaka, Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin memberitahu, apa yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah bukan berpaksikan khayalan semata-mata.
Menurutnya, watak-watak yang disebutkan di dalamnya adalah catatan dan ingatan terhadap peristiwa yang berlaku pada zaman dan persekitaran zaman itu. Selanjutnya, ia terkesan dalam masyarakat sehingga akhirnya ia direkod secara bertulis oleh penulis hikayat.

Rabu, 18 Januari 2012

Pilot TUDM kelas dunia

PILOT TUDM BUAT AKSI PAKAI TVC, ORANG PUTEH TAK PERCAYA (TAJUK ASAL)

sesi merokok sambil bersebang bersama Major Pmad, juruterbang SU
1. Saya rasa terharu dan bangga yang teramat apabila melihat aksi juruterbang kita membuat aksi akrobatik yang sukar di udara iaitu ala-ala Pugachev Cobra dan yang lebih tepat sekali dipanggil “TVC Spin Roll for High Alpha” dengan menggunakan pesawat SU-30MKM di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi atau LIMA 2011.
2. Dalam pada itu ada juga, pengunjung LIMA 2011 yang terdiri dari pelawat luar, barat, afrika, Jepun, Korea dan dari kalangan jiran tertangga sendiri memikirkan bahawa aksi-aksi yang mengkagumkan ini dibikin oleh juruterbang Russia.
3. Hari ini, dunia membuka mata apabila juruterbang pesawat tempur dan jet SU-30 MKM yang tidak dikonfigurasi untuk dijadikan pesawat aerobatik, menunjukkan skil dan jentera hebat itu di ruang udara Langkawi.

Gadis hilang

Untuk rakan2 Radio Amator tolong panjang2kan: 

Assalamualaikum w.b.t. Info kecemasan dari 9W2FLW; 

Tolong war-warkan tentang kehilangan seorang gadis, berumur 19 tahun, seorang diri memandu kereta jenis proton iswara aeroback warna oren, plat no. JKL 6257, di belakang kereta ada stiker biru putih 9W2FLW, kebarangkalian suspek menuju ke KL & Sepang @ sekitar Hotel Pan Pacific. 

Suspek merupakan adik perempuan ke-5 kpd 9W2FLW, berumur 19 tahun, menghilangkan diri dengan memandu kereta keluar dari rumah (Base FLW, Bandar Maharani, Muar) pada jam 4.30 petang 17/01/2012. 

Hingga kini suspek tidak dapat dihubungi. Kepada mana-mana rakan yg ada sebarang info, bolehlah terus menghubungi En. Fitri (9W2FLW) di talian: 019-7799746. 

Mohon disebarkan, terima kasih, 73s.de...9w2ezx 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


sumber

Selasa, 17 Januari 2012

Alter terahsia Bangsa Melayu-bahagian 2


Perbezaan pendapat di antara para pengkaji Barat dan Timur tentang asal-usul bangsa Melayu begitu memeningkan.Sehingga kini kajian terus dilakukan dan pelbagai teori dikemukan sehingga antara yang terbaru adalah kajian dari penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin.
Dibawah ini adalah sambungan kepada artikel ‘Alter Terahsia Bangsa Melayu’
Selamat membaca
-M.O
The Lost Fragrance in The Promised Land


“But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife (Keturah)…” (Genesis 25:6 New International Version)


Sehingga ke hari ini,para cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahli geneologi masih berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MELAYU ini.

Sejarah kewujudan bangsa Melayu masih samar-samar dan misteri dan setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa,negara mahupun budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu.Setiap pengkaji juga mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di antara satu sama lain.

Tidak ada percanggahan yang ketara di dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa Melayu.Tidak seperti bangsa Inggeris yang diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English),Saxon dan Jutes.Juga bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes dan Darius.

Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di dunia yang sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan Melayu.Antara yang paling terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet,kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah tentu bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China,Indochina (MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.APAKAH ERTI SEMUA INI?Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia?Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini.Rahsia ini adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam ‘Ark of Covenant’ bangsa misteri ini.

Mesti tonton-Budi yang baik



Segala kebaikan yang kita lakukan pasti akan dikembalikan kepada kita samada kita sedar atau tidak, tetapi jangan dilupa begitu juga perbuatan buruk yang dilakukan pasti akan kembali kepada kita. Maka jadikan diri kita pencetus kebaikan agar rantainnya akan berterusan.

Air terjun Niagara dibina

 Sedikit langkah-langkah bagaimana "Niagara Falls" dibina











.

Ahad, 15 Januari 2012

Alter Terahsia Bangsa Melayu Bahagian 1

Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.
Selamat Membaca.
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU


“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”



(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.
Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Khamis, 12 Januari 2012

Kopi elak serangan jantung

Faktor genetik dapat mempengaruhi risiko seseorang untuk mengidap penyakit jantung tetapi penyakit ini sebahagian besar dapat dicegah. Kita mungkin pernah mendengar nasihat bijak yang mengatakan, untuk menjaga jantung tetap sihat, maka harus makan makanan berkhasiat dan keseragaman menjalani senaman.

Namun bukan cuma perubahan gaya hidup yang dapat dilakukan untuk menekan risiko sakit jantung. Apa yang anda minum juga boleh membuat kesihatan jantung terlawal. Berikut ini adalah beberapa jenis minuman yang disarankan yang dapat membantu menjaga kesihatan jantung :

Kopi
Mungkin hal ini terdengar agak pelik tetapi tahukah anda bahawa kopi memiliki antioksidan lebih tinggi berbanding koko atau teh? Minim kopi dalam jumlah yang tepat dapat menghambat peradangan dan mengurangi risiko penyakit kardiovaskular.

Sebuah studi jangka panjang dan berskala besar di mana melibatkan lebih dari 83.000 orang wanita menunjukkan bahawa minum 2 cawan kopi setiap hari dapat memangkas risiko terkena stroke 20 persen lebih rendah daripada mereka yang sedikit minum kopi atau tidak sama sekali.

Saranan : Minum antara 2 hingga 4 cawan kopi setiap hari termasuk kategori sederhana. Jika anda mengalami insomnia, gelisah dan kelelahan, cukup minum satu gelas saja

sumber kompas

Namawee buat hal lagi


video diupload 02jan2012

Terus terang saya memang tak faham langsung apa kebenda yang disebutnya, tapi tengok lah budak lahanat ni punya video, yang pegawai polis tu dok terjelir-jelir je lidah macam apa? Confirm dia maksudkan macam anjing. Di akhir video bila kamera ditutup semua angpow hilang..wah bukan main sinis lagi lu namawee.

Itu lah bagi sangat muka dekat manusia macam ni. Ini lah manusia yang akan memecah belahkan kaum kat Malaysia ini. Kerana budak tak beradab ini, takut nanti perasaan benci meluap-luap dalam hati kaum lain. Sampai nak tengok kaumnya di jalan pun dah menyampah.

Inilah habuan yang kita dapat bila terlalu bagi muka, kepada pemerintah jangan biarkan perkara ini berlarutang dan jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong pula berciciran.

Apa yang saya perasan dalam video ada anggota polis, polis trafik, penjaga gol dan yang baju koko muda tu apa ye? Lahanat ko namawee..phuuuittttt.Yang melayu pergi la gaduh hari-hari, bila dah sedar nanti negara pun dah tak ada..kriiiigggg kriinggggg wake up.


Untuk pengetahuan pembaca filem nasi lemak basi dia jangan cakap nak tengok, orang bagi free  VCD haram pun aku tak nak...Kalau keluar iklan kat TV confirm aku tukar channel lain..

Suri rumah menangkap makhluk ganjil

MAKHLUK ganjil bermata besar, berkepala botak dan kurus ditangkap oleh seorang suri rumah, Mao Xiping di Kampung Gezhai, wilayah Henan,
 China baru-baru ini.

BEIJING: Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya. -Agensi



Rabu, 11 Januari 2012

Gambaran Kota Melaka

salam.. Ini adalah kompilasi gambar yang di lukis oleh pelukis Portugis tika datang ke MELAKA. Banyak yang di bongkar oleh beberapa keping gambar ini. 


kota melaka


Jual Anak Menerusi Facebook dengan Harga RM60 juta


RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.


Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.


Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.


Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.


Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.


Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.


Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.


Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.


Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.


Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.


Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi. - AN
sumber

Saya melihat dari dua sudut dalam perkara ini. Pertama, Ianya satu lagi propaganda musuh Islam untuk menggambarkan bangsa Arab tidak bermaruah sebagaimana yang telah dilakukan mereka semenjak kewafatan Nabi Muhammad SAW. Kedua, akibat daripada liberalsasi manusia lebih bergantung kepada nilai duniawi dari moral itu sendiri. Maknanya musuh Islam telah berjaya mengalihkan tumpuan sebenar umat Islam dimuka bumi..